Tazkirah

Dalam riwayat At-Tabrani,”siapa meninggalkan solat dengan sengaja,maka dia kafir nyata.”Dalam satu riwayat,”Antara hamba dan kekufuran atau kemusyirikan adalah meninggalkan solat.Siapa meninggalkannya sungguh kafir di.”Dalam riwayat lain,”Tidak ada antara hamba dan kemusyirikan kecuali meninggalkan solat.Jika dia meninggalkannya musyiriklah dia.”

Sesiapa yang memelihara solat,Allah akan memuliakannya dengan lima hal,Hilangkan sempit penghidupan dan seksa kubur.Diberikan buku amal dengan tangan kanannya.Melalui siratul mustaqim bagai kilat.Dan masuk syurga tanpa hisab.Adapun siapa yang meremehkan solatnya,Allah akan menyeksanya dengan sepuluh perkara :Lima perkara di dunia,tiga perkara ketika mati,tiga perkara lagi di kubur dan yang tiga lainnya ketika keluar dari kubur.Adapun lima yang di dunia: Dihilangkan berkat umurnya, dihilangkan tanda solihin dari mukanya, Allah tidak memberi pahala setiap amalnya, doanya tidak dinaikkan ke langit dan tidak ada bahagian untuknya dalam doa orang-orang soleh.

Yang tiga ketika mati ialah dia mati dalam keadaan hina,lapar,juga ia mati dalam keadaan haus yang kalau diminumkan lautan dunia, tidak menghilangkan kehausannya.Yang tiga lagi ketika di kubur, iaitu kubur akan menghimpitnya hingga bercerai-berai tulang-tulangnya.(bersambung)

  • Share/Bookmark