Mengatur Langkah 2010
Setiap kali muncul tahun baru setiap orang akan ada azam baru.Bagi seorang guru azam nya ingin mendidik anak pelajarnya menjadi lebih cemerlang, manakala bagi seorang doktor azam baru nya ingin memberi perkhidmatan kepada pesakit nya yang terbaik begitu juga bagi seorang bisnes azam baru nya ingin lebih berjaya didalam perniagaan nya.Pernahkah kita terfikir hala tuju perniagaan kita hasil dari keuntungan perniagaan kita hanya setakat didunia sahaja ataupun sehingga ke akhirat.Sempena tahun baru 2010 marilah kita sama-sama bermuhasabah diri sendiri selaku kita seorang hamba allah dan juga sebagai seorang ahli bisnes.
Kalau perniagaan itu diusaha untuk mencari pendapatan tambahan, untuk memperbanyakan dan menyimpan harta , bukan untuk dipergunakan kepada jalan kebajikan dan sedekah , maka itu adalah tercela kerana itu adalah menghadapkan diri kepada dunia dimana mencintai dunia itu , adalah pokok tiap2 kesalahan.Maka perbuatan sedemikian itu satu perbuatan zalim dan khianat.Dan inilah yang dimaksudkan oleh salman al-farisi dengan katanya : “janganlah kamu meninggal , sebagai saudagar dan pengkhianat” salman al-farisi maksudkan dengan saudagar itu ialah oang yang mencari tambahan.
Adapun jika satu-satu perniagaan itu dijalankan untuk mencari kecukupan dirinya dan anak2nya dan ia sanggup untuk memperoleh kecukupan itu dengan memminta-minta. , maka berniaga untuk menjaga diri dari meminta2 dari orang lain maka itu yang lebih baik dan utama.Dan jikalau ia tidak memerlukan kepada meminta2 , tetapi ia diberikan tanpa meminta2 , maka ia berusaha adalah lebih utama. Kerana sesungguhnya ia diberikan , adalah kerana ia meminta dengan dengan perihal keadaan dan mengumandangkan diri antara manusia dengan kemiskinan.






