Istilah-istilah Saham

Memahami Perkara Asas Dalam Istilah-istilah Saham

1.Bearish: Apabila disebut bearish market, ini bermakna pasaran mengalami penurunan.Lebih ramai orang berminat untuk menjual dari membeli.

2.Bullish: Apabila disebut bullish market, ini bermakna pasaran mengalami peningkatan.Lebih ramai orang berminat untuk membeli dari menjual.

3.Buy Call: Disarankan untuk membeli sesuatu saham.

4.Sell Call: Disarankan untuk menjual sesuatu saham

5.Lot: 1 lot saham bersamaan 100 unit

Sekiranya membeli 1 unit saham=RM0.405,maka minimum yang perlu anda beli saham adalah bernilai      RM40.50(RM0.405×100)

6.T+3: Bermaksud pembayaran anda akan dilakukan.Katakanlah anda membeli satu kaunter saham pada hari jumaat, hari jumaat ini disebut T-Day(Trading Day).T+3 bagi anda adalah pada hari rabu.

Ringkasan seperti berikut:

Jumaat – T-Day

Sabtu-Cuti

Ahad-Cuti

Isnin-T+1

Selasa-T+2

Rabu-T+2

Pada hari Rabu, iaitu T+3 dari hari anda membeli saham, anda perlu mempunyai duit yang secukupnya bagi saham yang dibeli.Sekiranya tidak ada duit secukupnya,force sell akan dilakukan.Pembayaran perlu dilakukan sebelum pukul 5.00 petang T+3.

  • Share/Bookmark